Monday, 23 April 2012

kecergasan fizikal....


Kemampuan seseorang pelajar untuk melakukan sesuatu aktiviti sama ada secara individu atau berkumpulan bergantung kepada tahap kecergasan yang mereka miliki. Tahap kecergasan fizikal yang baik akan menyebabkan mereka mampu melakukan sesuatu aktiviti tanpa sebarang masalah yang akan mengganggu mereka dari segi mental dan fizikal. Hubungan bermakna di antara aktiviti dengan tahap kecergasan hanya akan terbentuk apabila pelajar dapat mengekalkan tahap kecergasannya pada tahap yang maksimum.
           
Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, dan rohani. Tahap kecergasan yang tinggi akan membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada diri sendiri, masyarakat dan seterusnya negara. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan efisyen.

No comments:

Post a Comment